Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Khairy cabar Megat Shahriman rebut jawatan Presiden MPM


Tarikh kemaskini: 17/06/2019





KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sah akan bertanding bagi merebut jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu pada 29 Jun ini.

Khairy yang menawarkan diri bertanding merebut jawatan nombor satu MPM itu pada saat akhir, akan mencabar Presiden Persatuan Kanu Malaysia (MASCA), Datuk Megat D Shahriman Zaharudin yang terlebih dahulu mengemukakan pencalonan.

Kekosongan jawatan itu berikutan penyandangnya, SM Nasarudin SM Nasimuddin membuat keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan berkenaan yang disandangnya sejak empat tahun lepas.

Setiausaha Agung MPM, Siti Zaharah Abdul Khalid, ketika dihubungi, mengesahkan MPM telah menerima dua borang pencalonan untuk jawatan presiden selepas tarikh tutup, semalam.

“Untuk jawatan lain, kita sedang teliti dan akan diumumkan oleh timbalan presiden John Ng, esok,” katanya kepada Bernama hari ini.

Jumaat lalu, Megat Shahriman menawarkan diri untuk bertanding jawatan presiden MPM, sedangkan  Khairy menghantar borang pencalonan kira-kira 30 minit sebelum tarikh tutup pencalonan, semalam.

Pencalonan Khairy, sebelum ini menimbulkan persoalan mengenai statusnya sama ada anggota dalam mana-mana persatuan sukan yang menganggotai MPM kerana perlembagaan badan itu menyatakan sesiapa juga calon bertanding perlulah menjadi anggota persatuan dan dicalonkan persatuan sukan di bawah MPM.

Namun, pencalonan Khairy dikatakan sah selepas beliau disahkan sebagai Timbalan Presiden Persekutuan Ragbi Kerusi Roda Malaysia yang telah dilantik pada AGM persatuan itu pada awal tahun ini.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup tengah hari ini

 
     

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel