Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Agong perkenan terima Azmin menghadap di Istana Negara


Tarikh kemaskini: 18/06/2019





KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, di Istana Negara, hari ini.

Mohamed Azmin menerusi akaun Twitter rasminya memuat naik beberapa keping gambar pertemuan tersebut yang antara lain menyentuh lawatan baginda ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), minggu lepas.

Menerusi ciapan ditulis pada laman tersebut, Mohamed Azmin turut menjunjung kasih kepada Seri Paduka atas perkenan menerima menghadap dan menjunjung titah nasihat dan serta pedoman yang diberikan oleh  Sultan Abdullah.

“Yang di-Pertuan  Agong baru-baru ini mengadakan lawatan khas ke Emiriah Arab Bersatu dan ia telah memberikan satu lonjakan bagi meningkatkan hubungan dua hala dan kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara.

“Kementerian Hal Ehwal Ekonomi akan merebut peluang yang disampaikan menerusi lawatan khas Yang di-Pertuan Agong. Hubungan dua hala ekonomi antara Malaysia dan UAE akan dipertingkatkan menerusi pelbagai sektor bagi menambah nilai kerjasama ekonomi,” demikian menurut ciapan di Twitter itu.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel