Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sultan Kedah berangkat ke majlis Sambutan Aidilfitri Kem Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah


Tarikh kemaskini: 18/06/2019





JITRA, 17 Jun (Bernama) -- Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Sambutan Aidilfitri di Kem Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di sini, malam ini.

Keberangkatan tiba baginda di majlis itu pada pukul 8.30 malam disambut Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Azizan Md Delin yang juga Pengerusi Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

Turut berangkat ke majlis itu Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri Datuk Dr Ismail Salleh turut hadir bagi mewakili Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Kira-kira 1,000 pegawai dan anggota hadir memeriahkan majlis itu yang turut diserikan dengan dendangan lagu-lagu raya.

Pada majlis itu, Sultan Sallehuddin turut beramah mesra dengan pegawai dan anggota sebelum meninjau suasana sambutan Aidilfitri pasukan tentera di perbatasan, dan baginda kemudian disajikan dengan tayangan video ucapan Hari Raya oleh pegawai dan anggota yang sedang beroperasi.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     

Sultan Nazrin rasmi Ekspo Antarabangsa Perak 2019

 
     

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel