Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

333 pelbagai kesalahan dikesan sepanjang pelaksanaan SHMMP


Tarikh kemaskini: 18/06/2019





KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesan 333 kes melibatkan pelbagai kesalahan sepanjang pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) bermula sejak 21 Mei lalu.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata, kes itu berjaya dikesan hasil pemeriksaan terhadap lebih 56,000 premis di seluruh negara sempena perayaan Aidilifitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai yang berlangsung pada bulan Mei dan Jun ini.

Menurutnya, dalam tempoh tersebut sebanyak RM41,850 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk lebih 300 kesalahan melibatkan peniaga tidak menggunakan tanda harga khas merah jambu atau tiada tanda harga.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 12 kes peniaga menaikkan harga sehinga melebihi harga maksimum yang ditetapkan.

“Berdasarkan bilangan kes yang kecil, rakyat telah menikmati keberkesanan skim harga maksimum ini,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu rancangan Ruang Bicara kendalian Bernama News Channel (BNC) di Wisma Bernama di sini, malam ini.

Saifuddin juga berkata langkah kerajaan memanjangkan tempoh pelaksanaan SHMMP daripada 15 hari kepada 30 hari sehingga Rabu ini juga telah berjaya mengurangkan jumlah kesalahan yang dilakukan oleh peniaga terutama selepas musim perayaan.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan kenaikan harga cili merah pada musim perayaan berikutan bekalan yang terhad menyebabkan peniaga terpaksa mengimport cili dari luar negara.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     

Sambutan filem 'Garang - Aku Luar Biasa' mengenai atlet paralimpik kurang memberangsangkan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel