Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Imigresen Kedah tahan 28 PATI dalam Op Bersepadu


Tarikh kemaskini: 18/06/2019





ALOR SETAR, 18 Jun (Bernama) -- Jabatan Imigresen Kedah menahan 28 pendatang asing tanpa izin (PATI) pelbagai warganegara dalam Op Bersepadu di beberapa lokasi berasingan di sekitar Alor Setar dan Sungai Petani, semalam.

Pengarahnya Zuhair Jamaludin berkata dalam operasi yang bermula dari pukul 11 pagi sehingga 12 tengah malam itu, pihaknya menjalankan pemeriksaan ke atas 67 pendatang asing di kedai makan dan kedai menjahit pakaian.

“Daripada jumlah itu, tujuh lelaki dan dua wanita warga Thailand; lima lelaki Bangladesh; lima lelaki India; tiga lelaki Pakistan; seorang lelaki, seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki Myanmar; serta seorang lelaki dan dua wanita Indonesia ditahan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata kesemua mereka yang berumur antara dua dan 50 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155), Seksyen 15(1) akta yang sama, serta Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial atau pas kerja.

Katanya mereka kini ditempatkan di lokap Imigresen, Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Alor Setar untuk siasatan sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Belantik di Sik.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     

Sultan Nazrin rasmi Ekspo Antarabangsa Perak 2019

 
     

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel