Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pelajar sekolah direman lima hari kerana tikam guru


Tarikh kemaskini: 18/06/2019





SHAH ALAM, 18 Jun (Bernama) -- Seorang pelajar lelaki yang dipercayai menikam bahu guru kaunselingnya dalam satu kejadian di sebuah sekolah menengah berasrama penuh di Banting dekat sini Ahad lepas, direman lima hari mulai hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supt Azizan Tukiman berkata suspek yang berusia 17 tahun itu direman bagi membantu siasatan selepas mendapat perintah daripada Mahkamah Telok Datok, Banting pagi tadi.

"Siasatan awal mendapati dendam menjadi punca utama pelajar itu menikam bahu guru kaunselingnya sebanyak tiga kali menggunakan pisau.

"Suspek merupakan pelajar baharu di sekolah itu menerusi kemasukan ke tingkatan empat baru-baru ini. Kemungkinan dia berdendam kerana guru tersebut menetapkan peraturan ketat di sekolah berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata guru tersebut yang sebelum ini menerima rawatan di Hospital Banting, telah dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian 8.20 malam itu, guru kaunseling itu cedera ditikam pelajar tersebut kerana marah bakal dikenakan tindakan buang sekolah atas kesalahan disiplin.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel