Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jumlah kemalangan maut Op Selamat ke-15 di KL catat penurunan


Tarikh kemaskini: 18/06/2019





KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Op Selamat ke-15 sempena sambutan Aidilfitri di Kuala Lumpur mencatatkan penurunan jumlah kemalangan maut jalan raya sepanjang tempoh pelaksanaannya bermula 29 Mei hingga 12 Jun lepas.

 Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata sepanjang tempoh 15 hari operasi itu, hanya enam kes melibatkan kemalangan maut jalan raya direkodkan berbanding 14 kes pada tahun lalu.

Menurut Mazlan, jumlah kemalangan yang berlaku sepanjang operasi itu dijalankan ialah 2,788 kes, katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu 23,380 jumlah saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya.

Beliau berkata, Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur menugaskan 20 pegawai kanan serta 234 pegawai rendah dalam operasi berkenaan.

Kesemua pegawai dan anggota tersebut bertanggungjawab melancarkan lalu lintas, memantau keselamatan jalan raya dan memastikan pengguna jalan raya agar mematuhi undang-undang serta memandu secara berhemah.

Op Selamat 15 yang diadakan serentak di seluruh negeri itu memberi tumpuan terhadap enam kesalahan iaitu memandu melebihi had laju, memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, memotong barisan, tidak berhenti di lampu isyarat serta memandu sambil menggunakan alat komunikasi.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel