Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Koperasi Pekebun Kecil Negeri Sembilan Berhad rancang bina bangunan komersial empat tingkat


Tarikh kemaskini: 19/06/2019





SEREMBAN, 19 Jun (Bernama) -- Koperasi Pekebun Kecil Negeri Sembilan Berhad akan membina sebuah bangunan komersial empat tingkat di Rahang Square di sini untuk disewakan bagi menjana pendapatan.

Pengerusinya Datuk Aliasak Ambia berkata setakat ini pelan bangunan sudah siap dan hanya menunggu kelulusan pihak Majlis Perbandaran Seremban (MPS). Tanah itu kini padang bola sepak.

“Apabila (bangunan) siap kelak, ia akan disewakan untuk menjana pendapatan bagi koperasi selain dua unit premis komersial lain di Medan Perniagaan Senawang Jaya bernilai RM1.7 juta yang telah dibeli koperasi dan disewakan,” katanya pada sidang media majlis Perasmian Pejabat Baru Pekebun Kecil Negeri Sembilan Berhad di sini. Majlis dirasmikan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun. 

Aliasak berkata koperasi yang mempunyai 7,500 anggota itu juga terlibat dengan pelaburan saham dalam dua syarikat iaitu Agro Capital Management Berhad dan syarikat pinjaman kredit Ace Credit (M) Sdn Bhdyang memberi keuntungan kira-kira RM112,000 sebulan.

Beliau menggesa anggota supaya menambah saham dalam koperasi untuk menerima faedah yang lebih memberangsangkan.

“Setakat ini antara faedah itu ialah biasiswa pengajian, khairat kematian, sumbangan bagi kemalangan dan rumah terbakar serta pemberian token kepada anggota yang tahun ini jumlahnya RM200,” katanya. 

Sementara itu, Aminuddin berkata koperasi dilihat mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi di Negeri Sembilan. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel