Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ladang sawit jadi sarang dadah diserbu, 16 penagih ditahan


Tarikh kemaskini: 19/06/2019





KEPALA BATAS, 19 Jun (Bernama) -- Sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal di sini yang menjadi sarang penagih dadah melepaskan gian mereka sejak sebulan lepas dikejutkan dengan serbuan sepasukan polis dari daerah Seberang Perai Utara semalam.

Seramai 16 orang lelaki berumur antara 18 dan 50 tahun bertempiaran lari di ladang itu yang merupakan antara lokasi yang diserbu dalam operasi yang berlangsung di antara pukul 7.00 pagi dan 6.00 petang, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Noorzainy Mohd Noor hari ini.

"Hasil pemeriksaan dalam operasi itu, polis turut merampas dadah jenis heroin seberat 0.8 gram, syabu (0.5 gram) dan air ketum (500 mililiter)," katanya.

Beliau berkata siasatan mendapati dadah yang dirampas adalah untuk kegunaan sendiri dan mereka mendapatkannya daripada pengedar dadah sebelum menjadikan lokasi kebun sawit yang terletak jauh dari rumah penduduk itu sebagai lokasi menghisap dadah.

Beliau berkata 16 lelaki yang  bekerja sendiri dan buruh itu kini direman untuk siasatan lanjut dan ujian air kencing mendapati kesemua mereka positif dadah.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     

Ibu mati, anak OKU dijumpai dahaga lapar dalam rumah di Skudai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel