Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Imigresen Kedah tahan 15 PATI Bangladesh di Sungai Petani


Tarikh kemaskini: 19/06/2019





ALOR SETAR, 19 Jun (Bernama) -- Jabatan Imigresen Kedah menahan 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Bangladesh dalam Op Bersepadu yang dijalankan di beberapa premis perniagaan di sekitar Sungai Petani, semalam.

Pengarahnya, Zuhair Jamaludin berkata dalam operasi yang disertai 16 pegawai imigresen itu, pihaknya memeriksa 46 warga asing dan mereka yang melakukan kesalahan ditahan antara 12.20 tengah hari hingga 1.30 tengah hari.

“Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tiada dokumen perjalanan sah dan Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial atau pas kerja,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Zuhair berkata kesemua mereka ditempatkan di lokap Imigresen, Bangunan Kementerian Dalam Negeri, di sini, untuk siasatan sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Belantik di Sik.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     

Sultan Nazrin rasmi Ekspo Antarabangsa Perak 2019

 
     

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel