Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

23 PATI warganegara Myanmar diberkas


Tarikh kemaskini: 19/06/2019





KANGAR, 19 Jun (Bernama) -- Cubaan 23 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Myanmar untuk masuk ke negara ini tanpa dikesan gagal apabila diberkas sepasukan anggota Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Chuping awal pagi tadi. 

Ketua Polis Perlis SAC Noor Mushar Mohd berkata 20 lelaki dan tiga wanita berumur antara 19 hingga 51 tahun itu ditahan di Jalan Kubang Mengkuang, Kubang Tiga, Padang Besar kira-kira 2.30 pagi.

"Kesemua mereka gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan mengesyaki mereka adalah PATI yang masuk ke negara ini secara haram melalui negara jiran, Thailand," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Noor Mushar, polis juga mengesyaki dua daripada 23 yang ditahan ini turut terlibat dalam kegiatan aktiviti pemerdagangan manusia selain boleh bertutur dalam bahasa Malaysia. 

Beliau berkata polis akan menjalankan siasatan bagi mencari dalang sindiket ini.

Katanya kesemua yang ditahan dibawa ke Aksem Chuping dan kes disiasat di bawah Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 pindaan 2002 dan Akta Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel