Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pengusaha kapal nelayan perlu utamakan keselamatan pekerja - PNK Lahad Datu


Tarikh kemaskini: 19/06/2019




LAHAD DATU, 19 Jun (Bernama) -- Pengusaha kapal nelayan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) perlu mengutamakan keselamatan pekerja dan memastikan bot mereka dilengkapi sistem komunikasi yang berfungsi terutama sistem pengesanan automatik (AIS).

Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Lahad Datu Eskin Barahim berkata selain itu, mereka perlu mematuhi undang-undang perintah berkurung di kawasan itu.

"Kalau jalan malam lebih daripada tiga batu nautika, ambil permit kebenaran dan maklumkan kepada pasukan keselamatan lokasi terkini mereka berada, kalau tiada permit, tiada makluman ertinya itu sembunyi-sembunyi.

“Keselamatan pekerja (kru kapal) patut menjadi keutamaan, jangan ambil keuntungan saja, kalau ambil keuntungan itulah akibatnya,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Awal pagi semalam, 10 daripada 16 nelayan Bajau Laut diculik oleh kumpulan bersenjata berkaitan Abu Sayyaf di perairan Felda Sahabat dekat sini. Enam lagi nelayan terselamat.

Eskin berkata jika kapal nelayan dari Semporna atau Kunak masuk ke perairan Lahad Datu untuk menangkap ikan misalnya di perairan Tambisan, mereka boleh memaklumkan keberadaan kapal dengan Pasukan Polis Marin atau Pasukan Gerakan Am yang ditempatkan di kawasan itu.

“Ini disebabkan perairan Tambisan ini berdekatan dengan sempadan perairan Filipina ada risiko jenayah rentas sempadan, kalau tidak pun maklumkan kepada PNK.

“Sehingga kini, kawasan di bawah tiga batu nautika adalah selamat dan insiden penculikan hanya berlaku di kawasan atas tiga batu nautika, sebab itu perlu ada makluman,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan akan kaji penggunaan alat permainan yang mampu asah minda kanak-kanak

 
     

FAMA rancang bangunkan tanah wakaf dengan tanaman durian

 
     

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     

Geran usahawan hanya untuk yang benar-benar layak - Mohd Redzuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel