cuwbGH7fBdQ Taman Negara Bako kaya tumbuhan Borneo
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Taman Negara Bako kaya tumbuhan Borneo


Tarikh kemaskini: 19/06/2019




KUCHING,19 Jun — Pemandangan dari udara bot-bot membawa pelancong yang berlabuh di pantai Taman Negara Bako yang terletak kira-kira 37 kilometer dari bandaraya Kuching.

Dibuka pada tahun 1957, taman negara berkeluasan 27 kilometer persegi ini merupakan taman negara tertua di negeri Bumi Kenyalang.

Walaupun ia adalah satu daripada taman negara terkecil di Asia Tenggara, Taman Negara Bako kaya dengan flora dan fauna dengan sekurang-kurangnya tujuh jenis tumbuhan tropikal yang utama di Sarawak serta mempunyai hampir kesemua spesis tumbuhan yang dapat dijumpai di Borneo. 

Taman ini merekodkan 316 spesies tumbuhan, 22 spesies burung, 24 spesies haiwan reptilia dan binatang berdarah sejuk, 57 spesies mamalia termasuk monyet Proboscis atau monyet orang Belanda serta yang bernasib boleh terserempak dengan spesies ikan lumba-lumba dilindungi sepenuhnya di negeri ini.

Perjalanan menuju ke Taman Negara Bako perlu menggunakan bot yang mengambil masa selama kira-kira 20 minit dengan kadar tambang RM30 untuk pelancong tempatan dan RM40 untuk pelancong luar negara.

Kira-kira 30,000 pelancong mengunjungi taman negara ini setiap tahun dan musim paling sesuai untuk melawat adalah antara Mei hingga November.

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan akan kaji penggunaan alat permainan yang mampu asah minda kanak-kanak

 
     

FAMA rancang bangunkan tanah wakaf dengan tanaman durian

 
     

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     

Geran usahawan hanya untuk yang benar-benar layak - Mohd Redzuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel