Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Buruh ditahan gara-gara ugut mahu santau polis


Tarikh kemaskini: 19/06/2019





IPOH, 19 Jun (Bernama) -- Seorang buruh ditahan kerana dipercayai mengugut anggota polis trafik gara-gara tidak berpuas hati dikenakan saman atas kesalahan jalan raya di Jalan Idris, Kuala Kangsar dekat sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Razali Ibrahim berkata dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 pagi itu, lelaki berusia 36 tahun itu ditahan sepasukan polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah yang menjalankan operasi penguatkuasaan disaman kerana tidak memakai tali pinggang keledar.

“Lelaki yang menaiki kenderaan jenis Perodua Kembara itu secara tiba-tiba mengeluarkan perkataan yang biadap dan menakutkan pasukan polis secara jenayah iaitu menyatakan niat untuk menghantar santau,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata lelaki yang beralamat di Kampung Sayong Tengah juga menyatakan alasan ingin membuang air menjadi punca dia tidak mengenakan tali pinggang keledar sebelum dibawa ke IPD Kuala Kangsar untuk tindakan lanjut.

Katanya pemeriksaan mendapati tiada rekod jenayah lampau membabitkan lelaki berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel