Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kawasan tanah lapangan terbang lama Tawau akan dimajukan


Tarikh kemaskini: 19/06/2019





TAWAU, 19 Jun (Bernama) -- Kerajaan Negeri Sabah komited memajukan sebidang tanah di lapangan terbang lama sini, sebagai kawasan pembangunan bercampur.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kawasan itu akan meliputi pembinaan hotel yang ada nilai komersial termasuk mendirikan lot rumah serta kedai.

"Semua ini membolehkan agar putaran kewangan ekonomi penduduk dapat dirancakkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Parlimen Tawau dan Kalabakan di sini, hari ini.

Mohd Shafie turut meminta Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Anggota Parlimen Tawau, Datuk Christina Liew agar bersama memainkan peranan serta merealisasikan pembangunan yang diusahakan.

"Setakat ini saya ada bercakap dengan pelabur untuk memajukan tanah di lapangan terbang lama itu yang juga milik kerajaan negeri," katanya.

Pada majlis itu dianggarkan 10,000 orang termasuk semua anggota kabinet negeri menghadiri sekali gus memeriahkan rumah terbuka anjuran Parti Warisan Sabah di Parlimen Tawau dan Kalabakan.

Terdahulu, Mohd Shafie bersama barisan anggota kabinet negeri mengadakan mesyuarat kabinet di Majlis Perbandaran Tawau yang pertama kali dalam sejarah diadakan di Tawau.

Mohd Shafie dalam ucapannya turut berkata akan memilih daerah lain untuk mesyuarat kabinet negeri seterusnya.

Beliau dalam pada itu turut mengingatkan semua pemimpin atasan turun padang dan mendekati rakyat untuk mengenal pasti masalah rakyat.

"Kalau turun ke bawah kita tahu apa yang berlaku di peringkat akar umbi, memang ada surat datang tapi tidak sama dengan kita turun padang, jangan tunggu pilihan raya umum baharu mahu menyelami masalah rakyat," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan akan kaji penggunaan alat permainan yang mampu asah minda kanak-kanak

 
     

FAMA rancang bangunkan tanah wakaf dengan tanaman durian

 
     

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     

Geran usahawan hanya untuk yang benar-benar layak - Mohd Redzuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel