Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tahan tiga pengedar dadah di Kunak


Tarikh kemaskini: 19/06/2019





KUNAK, 19 Jun (Bernama) -- Polis menahan tiga lelaki disyaki pengedar dadah dalam satu serbuan Ops Sarang di sekitar daerah ini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kunak, Supt Baharin Md Tahir berkata dua lelaki tempatan serta seorang warga Filipina berumur lingkungan 18 hingga 27 tahun yang juga menagih dadah itu ditahan dalam serbuan di Kampung Kadazan.

"Polis turut merampas 8.50 gram dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM1,275.

Dua daripada tahanan memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Baharin berkata serbuan itu dimulakan pada 11.50 malam tadi dan berakhir pada 8 pagi ini dengan menyasarkan Kampung Pangkalan, Kampung JKR, Kampung Pangi serta Kampung Kadazan.

Katanya, sepanjang tempoh serbuan itu, seramai 12 individu berumur lingkungan 18 hingga 50 tahun turut diperiksa.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Peserta program bimbingan INSKEN raih jualan RM8.89 juta

 
     

Lapan nelayan hilang di perairan Tambisan

 
     

Polis siasat pagar rumah wartawan disimbah cat merah

 
     

Sekolah Tamil pupuk perpaduan menerusi sambutan Ponggal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel