Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Naib Canselor UMS sahkan tempoh perkhidmatan dipendekkan


Tarikh kemaskini: 19/06/2019





KOTA KINABALU, 19 Jun (Bernama) -- Prof Datuk Dr D Kamarudin D Mudin hari ini mengesahkan beliau telah menerima surat pemakluman pemendekan tempoh perkhidmatannya sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan sekali gus mengesahkan khabar angin mengenainya.

Katanya tempoh perkhidmatannya dipendekkan ke 29 Julai ini dan tujuan beliau memaklumkannya bagi mengelakkan khabar angin negatif mengenainya, terus berlegar. 

"Perkara ini perlu dijelaskan bagi menangkis gosip liar pihak tertentu yang berkepentingan. Saya berharap setiap kakitangan tidak terpengaruh dengan perubahan ini, dan meneruskan tanggungjawab masing-masing.

"Berkaitan keputusan pemendekkan tempoh itu, saya akur dengan keputusan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dan percaya keputusan itu dibuat secara profesional, dengan mengambil kira kepentingan universiti," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

D Kamarudin berkata perubahan pengurusan dalam organisasi kerajaan adalah satu proses biasa dalam kerajaan Malaysia baharu dan pengurusan universiti sentiasa akur, serta menerima keputusan daripada Kementerian Pendidikan.

Katanya beliau berharap perancangan yang direncanakan untuk memantapkan lagi UMS termasuk dalam aspek tadbir urus bagi tempoh tiga tahun sehingga 2020, serta beberapa perancangan lain, diteruskan para kakitangan akademik dan pentadbiran UMS.

"Perubahan seperti kajian semula kurikulum perlu diteruskan, kerana kita mahu melahirkan para graduan dilengkapi dengan ilmu dan kemahiran serta sedia memenuhi pasaran kerja semasa, dan ini sekali gus menyumbang kepada kebolehpasaran graduan UMS," katanya.

Mengenai bakal penggantinya, D Kamarudin berharap bakal naib canselor UMS baharu adalah seorang berintegriti tinggi, dan dalam masa sama, berharap isu pemilihan jawatan itu tidak dipolitikkan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan akan kaji penggunaan alat permainan yang mampu asah minda kanak-kanak

 
     

FAMA rancang bangunkan tanah wakaf dengan tanaman durian

 
     

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     

Geran usahawan hanya untuk yang benar-benar layak - Mohd Redzuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel