Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

NAP mungkin cetuskan ketidaktentuan dalam sektor auto : MIDF Research


Tarikh kemaskini: 20/06/2019




KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Dasar Automotif Nasional (NAP) yang akan datang boleh mecetuskan ketidaktentuan dalam sektor automotif tempatan memandangkan ia mungkin melibatkan langkah-langkah untuk menyokong cadangan kereta nasional ketiga, menurut MIDF Research.

Firma penyelidikan itu berkata walaupun perancangan masih belum jelas ketika ini, ia menegaskan bahawa landskap semasa akan berubah sekiranya terdapat insentif penting bagi model kereta nasional baharu, dalam bentuk cukai atau halangan bagi bukan warganegara.

"Mungkin juga ada isu persaingan dengan dua kereta nasional sedia ada, yang berada dalam segmen terendah dalam pasaran, dan menyumbang separuh daripada jumlah keluaran industri (TIV).

"Laporan berita memetik badan-badan kerajaan membayangkan bahawa prototaip itu mungkin tersedia pada separuh pertama tahun ini, dengan kemungkinan pelancaran pada tahun depan, walaupun tidak banyak perkembangannya diumumkan setakat ini," kata MIDF Research dalam notanya hari ini.

Sementara itu, firma penyelidikan itu berkat aTiV Perodua mencatat satu lagi rekod tahun ini dengan unjuran 241,000 unit atau pertumbuhan enam peratus tahun ke tahun, didorong terutama oleh model Aruz.

Pelancaran SUV sulung Perodua dan Proton kini memacu peningkatan bermakna dalam penguasaan pasaran kereta nasional memandangkan model ini merapatkan jurang penting dalam gabungan model mereka.

SUV X70 Proton dilancarkan pada Disember 2018 manakala SUV Perodua Aruz dilancarkan pada 19 Januari, pada harga antara RM100,000-RM124,000 dan RM73,000-RM78,000.

Kedua-dua model ini berada dalam kedudukan yang baik untuk menguasai bahagian pasaran dari segmen bukan nasional C dan segmen B-sedan serta Segmen B-SUV.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Pindaan kaedah ujian memandu untuk laksanakan e-testing - Loke

 
     

Kejayaan sesuatu penyampaian diukur kepuasan pelanggan - Aminuddin

 
     

Pasukan bola sepak Sabah, peserta Unduk Ngadau sertai perarakan Hari Kebangsaan

 
     

Berdepan pertuduhan rogol: Exco Perak dinasihat cuti daripada tugas rasmi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel