Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pusat Beli-Belah Toppen Johor sasar 15 juta pengunjung tahun depan


Tarikh kemaskini: 20/06/2019




KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) --  Pusat Beli-Belah Toppen di  Tebrau, Johor Bahru, yang dijadual dibuka pada November, menyasarkan menarik 15 juta pengunjung pada tahun depan.

Dengan hampir 85 peratus ruang runcit sudah dipajakkan, pengunjung yang disasarkan bukan sahaja daripada Johor dan negeri-negeri lain tetapi juga negara jiran Singapura.

Pembangunan pusat beli-belah empat tingkat itu akan menarik ribuan peluang perniagaan di rantau ini, menambah kerancakan ekonomi.

Ia juga bakal mewujudkan banyak peluang kerjaya dengan pelbagai kerja untuk penduduk Johor di sekitarnya.

Pengarah Pusat Beli-Belah & Penggunaan Bercampur  IKEA Asia Tenggara, Christian Olofsson berkata, “Kami berusaha untuk membangunkan tempat pertemuan yang menjadi pusat dan hab untuk penduduk sekitar.

'’Kami yakin bahawa Toppen, bersama-sama dengan IKEA Tebrau akan menjadi mercu tanda runcit baharu di selatan Malaysia, tempat pertemuan sebenar di mana pelanggan dan juga perniagaan, boleh berkembang dan makmur."

IKEA Asia Tenggara baru-baru ini melancarkan previu penyewa akan datang di Pusat  Beli-Belah Toppen seluas 1.1 juta kaki persegi.

Antara jenama berkenaan ialah Ben's Independent Grocer (B.I.G.), The Pantheon, 9 to 9 dan Concept Haus, serta syarikat terkemuka seperti TGV Cinemas , Harvey Norman, Sports Direct, Burger King, Marrybrown dan 7 Oaks.

Bersama-sama dengan IKEA Tebrau, Toppen, dengan hab komuniti di atas bumbung, The Topp, bakal menarik pelanggan dengan pelbagai barangan runcit segar, tempat makan,  pengalaman e-sukan dan hiburan -- menawarkan ‘retailtainment’ lengkap untuk penduduk di selatan Malaysia.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     

Sambutan filem 'Garang - Aku Luar Biasa' mengenai atlet paralimpik kurang memberangsangkan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel