Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

APM buat transformasi penyelamat pantai di Menara Baywatch Sarawak


Tarikh kemaskini: 20/06/2019





KOTA SAMARAHAN,  20 Jun (Bernama) -- Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sedang menambah baik Prosedur Tetap Operasi mengikut piawaian antarabangsa di dua buah menara penyelamat pantai (Baywatch) di Pantai Damai di Santubong dan Luak Bay di Esplanade Miri sebagai usaha transformasi penyelamat pantainya.

Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi APM Abdul Wahab Rahim berkata seramai 16 penyelamat pantai di Sarawak akan mulai bertugas bulan depan setelah menamatkan latihan dari segi pelaporan, kesihatan dan keselamatan kerja, komunikasi, pendidikan awam dan perhubungan.

“Dengan adanya menara penyelamat pantai ini, orang ramai dan pengunjung pantai akan sedar akan kewujudannya dan berasa keselamatan mereka lebih terjamin,”  katanya pada sidang media di Pejabat Pertahanan Awam Samarahan di sini hari ini.

Beliau berkata dari 2015 sehingga hari ini, sebanyak 62 kes melibatkan orang awam diterima oleh kedua-dua menara penyelamat pantai berkenaan.

Pada masa kini terdapat 47 menara penyelamat pantai di seluruh negara, termasuk dua di Sarawak, yang dilengkapi dengan jet ski dan bot penyelamat, katanya.

Mengenai operasi pengurusan bencana, beliau berkata, 10 pusat pemindahan di lima bahagian, iaitu Kuching, Samarahan, Betong, Sibu dan BIntulu, telah menempatkan 196 keluarga dan 852 mangsa pada tahun ini.

Beliau berkata keadaan banjir pada Jun 4 di Long Busang yang menjejaskan 340 mangsa dari 82 pintu rumah adalan contoh banjir yang berlaku jauh di pedalaman dengan jarak perjalanan lebih lapan jam dari pekan Kapit yang menyukarkan agensi penyelamat tiba semasa kejadian.  

“Tetapi dengan adanya bantuan Sarawak Radio Amateur Services (Sares) dan juga maklumat daripada Sekolah Kebangsaan Long Busang yang mempunyai kemudahan internet, maka maklumat kejadian banjir dapat disalurkan kepada Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana,” katanya.  

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel