Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

 KPLB Sabah sahut saranan pemakaian pakaian tradisional ke pejabat


Tarikh kemaskini: 20/06/2019




KOTA KINABALU, 20 Jun (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah menyahut saranan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berhubung pemakaian pakaian tradisional etnik Sabah ke pejabat.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, keputusan kerajaan membenarkan penjawat awam memakai pakaian bercirikan tradisional ke pejabat sebagai pakaian rasmi pada hari-hari tertentu membuktikan komitmen kerajaan mengangkat martabat warisan budaya pelbagai etnik di negeri ini.

"Ini merupakan dasar baharu yang diperkenalkan oleh Kerajaan Sabah hari ini yang bukan hanya dapat memperkasakan pembudayaan warisan budaya, tetapi boleh menjadi perusahaan dan perindustrian baru kepada usahawan busana untuk mereka bentuk atau menyediakan pakaian bermotifkan etnik Sabah yang sesuai untuk dipakai di pejabat, semasa bekerja atau menghadiri acara rasmi kerajaan. 

“Pembudayaan ini juga boleh menarik minat para pelancong antarabangsa yang boleh diangkat ke persada fesyen dan busana dunia,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi bergambar sempena hari pertama semua penjawat awam KPLB Sabah memakai pakaian tradisional ke pejabat, di sini, hari ini.

Ewon yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian berkata di peringkat KPLB Sabah, pakaian tradisional itu dimulakan pada setiap hari Khamis bermula hari ini.

"Bagaimanapun, tidak semua pakaian tradisi dengan aksesori lengkap sesuai dipakai untuk tugasan di pejabat. Sebab itu, kita menggalakkan para pereka fesyen tempatan menyediakan rekaan yang bersesuaian yang boleh dipakai ke pejabat untuk bekerja atau menghadiri acara-acara rasmi," katanya.

Ewon berkata KPLB Sabah juga telah menawarkan kursus jahitan berkaitan batik dan baju tradisi sebelum ini di bawah Program Latihan Kemahiran dan Keusahawanan Desa.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel