Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lebih 300 pemandu 'e-hailing' di Melaka daftar lesen PSV


Tarikh kemaskini: 20/06/2019




MELAKA, 20 Jun (Bernama) -- Lebih 300 pemandu perkhidmatan 'e-hailing' di negeri ini telah mendaftar untuk mendapatkan lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) sejak modul latihan lesen jenis itu mula dilaksanakan pada 1 April lepas, kata Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka Muhammad Firdaus Shariff.

Beliau berkata pelaksanaan itu melibatkan pemandu dan kenderaan e-hailing yang bertindak sebagai kenderaan perkhidmatan awam dengan modul latihan Lesen Vokasional (PSV–Teksi/E-hailing) selama enam jam berserta kadar yuran yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu sebanyak RM200.

"Kita menyeru pemandu 'e-hailing' agar tidak menunggu hingga saat akhir bagi mendaftar lesen PSV mereka sebelum tarikh penguatkuasaannya pada 12 Julai depan mengikut peruntukan di bawah Seksyen 56, Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Sekiranya gagal berbuat demikian, mereka akan dikenakan tindakan mengikut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan," katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri di JPJ Melaka, Bukit Katil di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Hasim Hasan dan Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani Melaka Norhizam Hassan Baktee.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel