Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KPLB Sabah laksana kursus pengurusan dan pentadbiran MPKK


Tarikh kemaskini: 20/06/2019





KOTA KINABALU, 20 Jun (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah melaksanakan Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bermula bulan ini merangkumi kesemua daerah dan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh Sabah.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata kursus itu merupakan antara pengisian utama bagi memperkasakan kepimpinan dan urus tadbir MPKK di seluruh Sabah.

"Sebagai permulaan, kursus pertama pada penggal ini diadakan bagi kawasan DUN Kadamaian dan akan disusuli oleh daerah Keningau dan Lahad Datu. Pelaksanaannya telah pun dijadualkan merangkumi semua daerah dan kawasan DUN yang mempunyai MPKK," katanya ketika merasmikan penutupan Kursus Pengurusan dan Pentadbiran MPKK Kawasan DUN Kadamaian di sini, hari ini.

Menurutnya selepas selesainya kursus ini, pimpinan MPKK boleh mengemas kini profail kampung masing-masing supaya dapat dimasukkan dalam Sistem Digital Profail Kampung kelak.

Katanya ini membolehkan ia digunakan untuk menguruskan permohonan Geran Pembangunan MPKK sebanyak RM10,000 yang disediakan oleh KPLB persekutuan. 

Ewon yang juga ADUN Kadamaian turut menggesa supaya MPKK Kota Belud memberi kerjasama terbaik kepada Pegawai Daerah Kota Belud, Diyanah Abdullah, satu-satunya pegawai daerah wanita di negeri ini dalam menguruskan pelaksanaan pembangunan di daerah itu.

"Saya berharap kesemua MPKK dapat memberikan kerjasama kepada beliau dan juga kepada ketua-ketua jabatan lain di Kota Belud bagi sama-sama berusaha dan bekerjasama menguruskan masalah-masalah yang dibangkitkan oleh rakyat," kata Ewon.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel