Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sabah bakal perkenal jenama produk minyak masak sendiri - Mohd Shafie


Tarikh kemaskini: 20/06/2019





KOTA KINABALU, 20 Jun (Bernama) -- Kerajaan Sabah akan memanfaatkan kekayaan sumber kelapa sawit di negeri itu dengan bakal memperkenalkan jenama produk minyak masak sendiri bagi melonjakkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pengeluaran produk minyak masak Sabah itu bakal dipacu menerusi pembinaan kilang minyak masak di kawasan utama penanaman kelapa sawit iaitu Lahad Datu, Sandakan, Tawau dan Keningau yang dijangka pada tahun ini.

Katanya beliau akan mengumumkan jenama itu apabila semua perancangan rapi berhubung usaha pembinaan kilang, pengeluaran dan penetapan harga berjalan lancar.

"Peruntukan bagi membina satu kilang minyak masak dianggarkan menelan belanja RM5 juta. Jenama minyak masak keluaran Sabah ini akan dipromosikan kelak. Ia (akan dijual) pada harga berpatutan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka anjuran Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Penampang di sini, hari ini.

Mohd Shafie berkata usaha membina kilang minyak masak dan menghasilkan jenama minyak masak Sabah sendiri adalah usaha jangka panjang yang akan dipantau secara berterusan bagi mengenal pasti potensi serta permintaan produk itu di pasaran.

“Sekiranya ada permintaan dan permintaan itu meningkat, kita (kerajaan Sabah) akan menambah (kilang minyak masak),” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Shafie berkata, kerajaan Sabah juga telah meluluskan lesen bagi pembinaan sebuah kilang perabot di Kota Marudu selepas sebuah syarikat dari China menyatakan minat untuk melabur dalam sektor perabot di negeri ini dan bergabung dengan pengusaha kilang papan di daerah berkenaan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel