Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kontrak Haziq ditamat berkuat kuasa 18 Jun - Kementerian Industri Utama


Tarikh kemaskini: 20/06/2019




KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Kementerian Industri Utama menamatkan kontrak perkhidmatan Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) kepada Timbalan Menterinya, Haziq Abdullah Abdul Aziz berkuat kuasa Selasa lepas.

Kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan langkah berkenaan diambil ekoran satu pengakuan tidak beretika di dalam media sosial yang telah dibuat menerusi klip video oleh Haziq pada 12 Jun lepas.

“Kementerian memandang perkara itu sebagai satu pelanggaran nilai, etika dan Peraturan-peraturan Perkhidmatan Awam yang berkuat kuasa termasuk Perintah Am serta Perjanjian Kontrak.

“Surat tunjuk sebab juga telah diberikan serta-merta dan beliau telah menjawabnya. Sehubungan itu Kementerian telah mengambil langkah menamatkan perkhidmatan beliau berkuat kuasa 18 Jun 2019,” menurut kenyataan itu.

Susulan penamatan kontrak berkenaan, kementerian tidak lagi mempunyai sebarang kaitan dengan Haziq, menurut kenyataan itu lagi.

Kementerian itu turut menegaskan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang soal perilaku yang menjejaskan reputasi serta imej pihaknya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Peniaga ingkar arahan penggunaan produk biodegradasi dikompaun

 
     

PRK Kimanis: Pimpinan PH perlu fikir langkah menangi semula hati rakyat - Anwar

 
     

BN kekalkan kerusi Kimanis

 
     

Dr Mahathir mahu Bersatu Kedah kukuhkan parti - Mukhriz

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel