v5w0OUKbLWk 15 pelajar sekolah agama alami simptom muntah, sesak nafas di Johor
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

15 pelajar sekolah agama alami simptom muntah, sesak nafas di Johor


Tarikh kemaskini: 20/06/2019





JOHOR BAHRU, 20 Jun (Bernama) -- Seramai 15 pelajar Sekolah Agama Taman Mawar, Pasir Gudang, di sini, dilaporkan mengalami simptom muntah-muntah dan sesak nafas selepas terdedah dengan pencemaran udara di kawasan itu, petang ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Ibrahim Omar berkata panggilan kecemasan mengenai kejadian itu diterima pihaknya pada 3.39 petang, sebelum sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bersama tiga anggota digegaskan ke lokasi untuk memeriksa keadaan. 

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian, didapati benar berlaku pencemaran udara. Terdapat 15 pelajar didapati mengalami simptom muntah-muntah dan sesak nafas.

“Pasukan EMRS BBP Pasir Gudang bertindak menghantar lima pelajar tersebut ke Hospital Sultan Ismail untuk mendapatkan rawatan lanjut. Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) dan EMRS Johor Bahru telah sampai ke lokasi untuk memberi bantuan dan tempat untuk nyah cemar juga sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Satu sidang media turut dijangka diadakan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor, Pauzan Ahmad pada bila-bila masa berhubung kes itu.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel