v5w0OUKbLWk Insiden di Pasir Gudang mungkin disebabkan terhidu gas beracun - Dr Dzulkefly
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Insiden di Pasir Gudang mungkin disebabkan terhidu gas beracun - Dr Dzulkefly


Tarikh kemaskini: 20/06/2019





PUTRAJAYA, 20 Jun (Bernama) -- Insiden membabitkan 15 pelajar Sekolah Agama Taman Mawar di Pasir Gudang, Johor, yang mengalami kesukaran bernafas dan muntah-muntah, kemungkinan disebabkan gas beracun, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Bercakap pada sidang media di kementeriannya di sini hari ini, beliau berkata Kementerian Kesihatan menyedari kejadian itu dan akan memantau keadaan dengan teliti, sambil menambah ‘segala-galanya dalam kawalan’.

“Simptom itu kelihatan seperti kemungkinan gas beracun atau gas organik yang mudah meruap sama seperti insiden di Sungai Kim Kim,” katanya dan menambah kementerian itu telah berhubung dengan Pengarah Jabatan Kesihatan Johor Dr Selahudden Abd Aziz berhubung perkara itu.

Ditanya jika ada pengumuman tentang penutupan sekolah, Dr Dzulkefly berkata adalah terlalu awal untuk membuat keputusan.

“Saya akan melihat maklumat...jenis ketoksikan...tahap pendedahan dan ketoksikan yang perlu dipertimbangkan.

“Apa yang penting Jabatan Kesihatan negeri Johor bekerja dengan sangat tekun. Mereka telah dimaklumkan dan mereka kini berada di lapangan untuk menangani perkara ini,” katanya.

Pada Mac, pencemaran toksik di Sungai Kim Kim menyebabkan lebih 4,000 orang jatuh sakit dan menyebabkan penutupan 111 sekolah di daerah Pasir Gudang.

-- BERNAMA

 

 

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     

Sambutan filem 'Garang - Aku Luar Biasa' mengenai atlet paralimpik kurang memberangsangkan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel