Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tahan tiga remaja rosakkan makanan di kedai serbaneka


Tarikh kemaskini: 21/06/2019





SEREMBAN, 21 Jun (Bernama) -- Polis menahan tiga remaja selepas mereka tampil menyerah diri hari ini bagi membantu siasatan kes merosakkan makanan di sebuah kedai serbaneka di Nilai seperti yang tular di media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Marzukee Besar yang mengesahkan perkara itu berkata ketiga-tiga remaja itu dengan dua daripadanya berumur 18 tahun dan seorang 20 tahun, ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, pada pukul 3.45 petang.

“Mereka mengaku melakukan perbuatan itu dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat. Kita juga akan mengemukakan permohonan reman terhadap mereka bagi siasatan lanjut,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Semalam, tular di media sosial video berdurasi satu minit 10 saat itu yang memaparkan perbuatan seorang remaja yang dipercayai sengaja merosakkan makanan di sebuah kedai serbaneka sambil dirakam oleh seorang rakan manakala seorang lagi mentertawakan tindakan berkenaan.

Video berkenaan bagaimana pun mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Penggiat industri pelancongan Johor telah diberi taklimat berhubung koronavirus - Exco

 
     

Pengusaha cendawan turut terjejas akibat cuaca panas

 
     

Tapak relau peleburan besi purba ditemukan di Kedah

 
     

Usah biarkan warisan di Kota Bukit Supai terus sepi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel