Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Surat permohonan tular bukan surat sokongan menteri - JPN


Tarikh kemaskini: 22/06/2019





PUTRAJAYA, 22 Jun (Bernama) -- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini menafikan surat permohonan kewarganegaraan yang tular di laman sosial sebagai sokongan atau kelulusan daripada Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi tujuan berkenaan.

JPN dalam satu kenyataan memaklumkan surat berkenaan adalah prosedur biasa di jabatan itu dan pejabat Menteri Dalam Negeri sebelum dokumen terbabit dipanjangkan kepada agensi dan bahagian berkaitan untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, Pejabat Menteri Dalam Negeri dan JPN menerima banyak surat permohonan kewarganegaraan serta pelbagai pertanyaan mengenai status terkini permohonan kewarganegaraan.

“Surat ditularkan itu bukan sebagai sokongan ataupun kelulusan oleh Menteri Dalam Negeri terhadap sesuatu permohonan kewarganegaraan

“Pertimbangan pemberian taraf kewarganegaraan Malaysia adalah tertakluk kepada peruntukan mengikut Perlembagaan Persekutuan dan tidak semua permohonan akan diluluskan,” katanya.

JPN itu turut menegaskan permohonan kewarganegaraan yang diterima jabatan itu dan pejabat Menteri Dalam Negeri bukan hanya tertumpu kepada satu kaum tertentu sahaja, malah daripada pelbagai kaum di negara ini.

Menurut kenyataan itu, berdasarkan rekod JPN, bagi tempoh 10 Mei 2018 sehingga 30 Mei lepas, sebanyak 8,322 permohonan kewarganegaraan diterima dari pelbagai latar belakang kaum dan daripada jumlah tersebut, hanya lima pemohon sahaja dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia.

Untuk rekod, bagi tempoh yang sama juga, sejumlah 3,126 pemohon juga diberikan kewarganegaraan, dengan permohonan itu adalah dari tahun sebelumnya, katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Penggiat industri pelancongan Johor telah diberi taklimat berhubung koronavirus - Exco

 
     

Pengusaha cendawan turut terjejas akibat cuaca panas

 
     

Tapak relau peleburan besi purba ditemukan di Kedah

 
     

Usah biarkan warisan di Kota Bukit Supai terus sepi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel