Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tangani segera isu pekerja pembersihan sekolah dipecat


Tarikh kemaskini: 22/06/2019




SHAH ALAM, 22 Jun (Bernama) -- Kementerian Pendidikan diseru mengambil langkah proaktif dalam menangani isu pemberhentian pekerja pembersihan sekolah oleh syarikat kontraktor yang dilantik.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd Shaid Rosli berkata ini kerana sehingga kini, pihaknya telah menerima sebanyak 39 aduan oleh pekerja pembersihan yang dihentikan oleh majikan masing-masing.

"Mereka ini kebanyakannya merupakan golongan berpendapatan rendah atau B40 termasuk ibu tunggal dan penerima bantuan kerajaan seperti Baitulmal yang masih menanggung beban menyara kehidupan keluarga," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Bendahari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor itu, Dr Maszlee Malik selaku Menteri Pendidikan perlu memberi respons terhadap isu berkenaan dan mencari satu jalan penyelesaian yang dapat mengurangkan beban yang ditanggung mereka yang telah kehilangan sumber pendapatan.

"Langkah ini penting bagi menunjukkan Pakatan Harapan (PH) serius dalam usahanya membela nasib rakyat.

“Rakyat kini sudah terbeban dengan kos sara hidup dan situasi berkenaan sesuatu yang tidak baik terhadap kerajaan PH itu sendiri," katanya.

Media baru-baru ini melaporkan seramai kira-kira 45,000 pekerja pembersihan di seluruh negara diberhentikan dengan alasan kekangan peruntukan kewangan yang disalurkan Kementerian Pendidikan kepada syarikat-syarikat kontraktor.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Penggiat industri pelancongan Johor telah diberi taklimat berhubung koronavirus - Exco

 
     

Pengusaha cendawan turut terjejas akibat cuaca panas

 
     

Tapak relau peleburan besi purba ditemukan di Kedah

 
     

Usah biarkan warisan di Kota Bukit Supai terus sepi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel