Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sultan Nazrin puji Tabung Haji cemerlang urus jemaah di sebalik cabaran


Tarikh kemaskini: 22/06/2019





IPOH, 22 Jun (Bernama) -- Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini memuji Lembaga Tabung Haji kerana berjaya melaksanakan urusan haji dengan cemerlang walaupun berdepan cabaran besar ketika ini.

Baginda bertitah cabaran besar berbentuk urus tadbir kewangan itu tidak menjejas perkhidmatan menguruskan urusan haji, sebaliknya terus mengekalkan segala kemudahan yang diperlukan untuk keselesaan para jemaah. 

"Beta merakamkan penghargaan kepada Lembaga Tabung Haji atas perkhidmatan cemerlang yang telah mereka buktikan untuk sekalian lamanya," titah Sultan Nazrin.

"Hargailah perkhidmatan yang disediakan, berikanlah segala kerjasama kepada kakitangan mereka bermula daripada sikap semasa berkursus, semasa perjalanan udara dan darat, semasa berada di Mekah dan Madinah, sehingga perjalanan pulang selepas selesai menyempurnakan ibadah haji," titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah demikian ketika merasmikan Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Perak Musim Haji 1440/2019 di Masjid Sultan Azlan Shah di sini, hari ini.

Sultan Nazrin bertitah Lembaga Tabung Haji sememangnya dikenali sebagai badan yang memiliki rekod menguruskan urusan haji secara profesional lagi komprehensif.

Titah baginda lembaga tersebut memenuhi segala keperluan jemaah sebaik mungkin merangkumi penempatan, pengangkutan, makanan,  kebajikan, perubatan dan kesihatan selain keperluan ibadah serta keilmuan dengan menyediakan pemandu, mutawif dan guru.

Pada tahun ini seramai 2,795 orang dari negeri Perak berjaya mendapat tempat untuk mengerjakan haji. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

UniSZA muncul universiti rujukan manuskrip digital pertama di Malaysia

 
     

Masalah kemiskinan di Kelantan masih serius

 
     

Sarawak alu-alukan siasatan SPRM - Abdul Karim

 
     

Tambak laut: Anwar akan bertemu Ketua Menteri untuk bincang

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel