Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Peruntukan RM2.3 juta laksana projek pembangunan sumber air bawah tanah Sabah


Tarikh kemaskini: 22/06/2019





KOTA BELUD, 22 Jun (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Sabah memperuntukkan kira-kira RM2.3 juta pada tahun ini untuk melaksanakan lima projek pembangunan berkaitan sumber air bawah tanah di seluruh Sabah.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Bendick berkata sejak 2016 sehingga kini, jabatan itu telah membina telaga tiub di enam buah kampung melibatkan kos kira-kira RM700,000.

Kampung terbabit ialah Kampung Dudar Kota Belud (2016), Kampung Sarang Kota Belud (2016), Kampung Timbang Dayang Kota Belud (2017), Kampung Tangkol Kota Marudu (2017), Kampung Pompodon Kota Marudu (2018) dan Kampung Piasau Kota Belud (2018).

Berucap pada majlis perasmian dan penyerahan telaga dan Sistem Penapisan Air Bawah Tanah Ringkas (SPATR) di Kampung Piasau, dekat sini hari ini, beliau berkata  bagi telaga dan sistem penapisan air di Kampung Piasau Kota Belud, kerajaan membelanjakan kira-kira RM60,000 untuk menampung kos kerja-kerja kajian potensi sumber air bawah tanah, membina telaga tiub dan membangunkan sistem penapisan air bawah tanah.

“Saya difahamkan bahawa, telaga dan sistem penapisan ini berupaya mengeluarkan air sebanyak 48,000 liter sehari (berdasarkan pengepaman selama 12 jam secara berterusan) yang akan memberi manfaat kepada kira-kira 3,000 penduduk Kampung Piasau,” kata Ewon yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kadamaian.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel