Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tujuh rumah musnah dalam kebakaran di Sandakan


Tarikh kemaskini: 23/06/2019





SANDAKAN, 23 Jun (Bernama) -- Sebanyak tujuh rumah di Kampung Cenderamata Laut dekat sini musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Sandakan Anddre Andrew berkata Pusat Gerakan Operasi Negeri Sabah menerima panggilan kebakaran rumah kediaman pada pukul 9.09 pagi dan sepasukan 18 pegawai dan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan bergegas ke tempat kejadian.

"Kebakaran melibatkan tujuh buah rumah  dengan keluasan keseluruhan kebakaran satu ekar.

"Kebakaran dapat dikawal pada jam 9.42 pagi dan operasi tamat pada jam 11.50 pagi," katanya.

Anddre, yang mengetuai operasi kebakaran itu, berkata tujuh keluarga dengan isi rumah seramai 54 orang terjejas akibat kebakaran itu.

Menurutnya, tiada kecederaan atau kematian dilaporkan dalam kejadian itu.

Anddre berkata operasi itu turut dibantu oleh lapan anggota Bomba Sukarela Karamunting dan agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Majlis Perbandaran Sandakan.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel