Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

11 orang ditangkap dalam 'Op Dadu' di Sandakan


Tarikh kemaskini: 23/06/2019





SANDAKAN, 23 Jun (Bernama) -- Bahagian Siasatan Jenayah Sandakan menahan 11 orang dipercayai terlibat dengan kegiatan perjudian tanpa lesen, di sekitar Sandakan dalam Ops Dadu petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP Mohd Azhar Hamin, suspek terdiri daripada enam wanita dan lima lelaki berumur 18-54 tahun.

"Semua yang ditangkap dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan untuk siasatan selanjutnya, di bawah Seksyen 4A (a) dan Seksyen 4(1) (c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd Azhar, wang tunai berjumlah RM3,844 antara barangan yang dirampas daripada kesemua suspek.

Dalam perkembangan lain, seorang remaja lelaki berumur 16 tahun ditahan, kerana memiliki kira-kira lima gram dadah jenis syabu, dalam satu operasi pencegahan jenayah kira-kira 5 petang semalam, di sebuah bangunan kedai di Taman Merpati, Batu 7 di sini.

“Semasa operasi, suspek yang dalam keadaan mencurigakan telah diperiksa, hasilnya menemui lapan paket plastik lutsinar berisi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu, dalam poket seluar suspek,” kata Mohd Azhar.

Beliau berkata suspek turut positif dadah jenis methamphetamine dan disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah disyaki untuk mengedar dan Seksyen 15(1) akta yang sama kerana mengambil dadah.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel