Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PDRM komited bangunkan sukan ikut kemampuan


Tarikh kemaskini: 23/06/2019





KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) komited memperkasakan pembangunan sukan mengikut kemampuan perbelanjaan yang diperuntukkan kepada pasukan itu pada masa akan datang.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata langkah kreatif pasukan dalam usaha menjimatkan kos dapat dilihat menerusi penganjuran kejohanan piala Ketua Polis Negara tahun ini yang menggabungkan tiga jenis sukan dalam dewan iaitu dart, catur dan karom.

“Inisiatif ini dilihat berupaya menambahkan lagi kemeriahan dan meningkatkan prestij kejohanan,” katanya dalam ucapan pada Majlis Penutup Kejohanan Sepak Takraw, Karom, Dart dan Catur Piala Ketua Polis Negara di Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Abdul Rahim Jaafar.

Abdul Hamid berkata acara kejohanan sukan yang merupakan inisiatif dibangunkan Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia (MSPDRM) bertujuan mendekatkan serta membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan warga pasukan.

Menurutnya, kejohanan tersebut merupakan platform untuk mencungkil bakat atlet yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

“Ini sebagai platform untuk memupuk semangat kerja berpasukan, mengeratkan lagi ukhwah yang merupakan strategi terbaik yang perlu diaplikasikan dalam menyempurnakan tugas harian ke arah membentuk warga kerja cemerlang,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     

Sultan Nazrin rasmi Ekspo Antarabangsa Perak 2019

 
     

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel