Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tindakan SUPP memalukan Sarawak dan komuniti Cina - Chong


Tarikh kemaskini: 23/06/2019





KUCHING, 23 Jun (Bernama) -- Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak, Chong Chieng Jen berkata  tindakan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) didakwa menerima dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak boleh diterima sama sekali.

“SUPP telah mengeluarkan kenyataan akan memberikan kerjasama penuh kepada proses undang-undang. Ini hanya menunjukkan mereka (SUPP) tahu mereka salah,” katanya yang juga pengerusi DAP Sarawak pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di sini, hari ini.

Jumaat lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memfailkan permohonan melucut hak terhadap 41 individu dan entiti bagi mendapatkan semua wang berjumlah lebih RM270 juta daripada dana 1MDB.

SUPP dinamakan antara penerima dana tersebut berjumlah RM188,138.

Chong berkata pendedahan SUPP yang telah menerima dana daripada hasil 1MDB yang tidak beretika dan haram itu adalah memalukan Sarawak.

“Ini tidak boleh diterima sama sekali bagi sebuah parti yang menjadi sebahagian daripada parti memerintah (Gabungan Parti Sarawak) Sarawak. Adalah memalukan untuk SUPP mendakwa mereka mewakili masyarakat Cina.,”katanya yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

SUPP, dalam kenyataan Jumaat lalu, berkata mereka akan membiarkan proses undang-undang menentukan dan berharap kes tersebut dapat diselesaikan dengan segera.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel