GqxIk4yWGxI Kapal nelayan dilupuskan jadi tukun tiruan
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kapal nelayan dilupuskan jadi tukun tiruan


Tarikh kemaskini: 23/06/2019





KUDAT, 23 Jun (Bernama) -- Sebuah kapal nelayan yang dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dilupuskan hari ini untuk dijadikan sebagai tukun tiruan di perairan Kampung Tajau Laut, dekat sini.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Junz Wong berkata ia adalah kali pertama kerajaan Sabah melakukan pelupusan kapal seumpama itu, kerana sebelum ini kapal yang dirampas kerana disabitkan di bawah pelbagai kesalahan akan dilelong.

"Kapal yang ditenggelamkan ini adalah sebuah kapal nelayan asing yang sebelum ini ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 34 Akta Perikanan 1985 dan telah dilucutkan hak oleh Mahkamah Kota Kinabalu,” katanya kepada pemberita selepas proses penenggelaman kapal berkenaan.

Beliau berkata pelupusan kapal itu menunjukkan bahawa kerajaan Sabah memandang serius terhadap pencerobohan perairan negara terutamanya yang melibatkan eksploitasi sumber marin Sabah.

“Oleh itu saya memberi amaran keras kepada nelayan asing yang menceroboh dan mencuri sumber perikanan marin di perairan Sabah serta mengharapkan agar pemusnahan kapal ini menjadi iktibar kepada nelayan asing, khususya nelayan asing Vietnam.

“Kapal nelayan asing Vietnam ini dilupuskan secara musnah tenggelam dan dijadikan sebagai tukun tiruan agar komuniti nelayan di Kampung Tajau Laut dan sekitarnya mendapat manfaat,” katanya.

Junz berkata antara manfaat tukun tiruan adalah membantu meningkatkan tangkapan ikan dan meningkatkan pendapatan nelayan tradisional kerana sumber ikan yang mapan serta berterusan, selain menghalang pencerobohan kapal pukat tunda di kawasan pesisiran pantai.

“Ia juga akan menambah dan menjadi habitat serta kawasan pembiakan ikan di kawasan pesisir pantai, membantu memulihkan dan mengayakan sumber perikanan pesisiran pantai yang kian merosot,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau berkata dua lagi kapal yang telah dirampas oleh APMM bakal dilupuskan menggunakan kaedah sama di Tuaran.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel