Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sarawak sangkal dakwaan bankrap, bajet lebihan sebagai bukti


Tarikh kemaskini: 23/06/2019





KUCHING, 23 Jun (Bernama) - Kerajaan negeri Sarawak mencatatkan bajet lebihan dalam tempoh beberapa tahun, termasuk RM110.1 juta bagi tahun lepas berbanding hasil sebanyak RM7.2 bilion dan perbelanjaan biasa sebanyak RM7.09 bilion.

Kementerian Kewangan dan Perancangan Ekonomi Sarawak dalam kenyataan di sini hari ini, berkata bajet lebihan yang berterusan berkenaan telah membolehkan kerajaan negeri meningkatkan rizabnya.

 "Oleh itu, kenyataan Menteri Kewangan Persekutuan bahawa Sarawak akan  bankrap jika ia terus diperintah oleh Gabungan Parti Sarawak benar-benar tidak tepat dan mengelirukan serta bermotifkan politik," katanya.

Menurut kenyataan itu, Ketua Audit Negara telah memberikan laporan lengkap bagi Sarawak untuk tempoh 17 tahun berturut-turut dan agensi penarafan antarabangsa, iaitu Moody's dan Standard and Poor's masing-masing juga mengesahkan penarafan kredit pelaburan negeri adalah baik iaitu pada A3 dan A.

Kementerian itu juga berkata kerajaan negeri akan terus mengukuhkan pengurusan kewangannya di bawah amalan kerajaan yang baik, disiplin kewangan yang ketat dan berhemat sepanjang masa.

Pada 2014, Sarawak mencatatkan lebihan sebanyak RM3.05 bilion, pada 2015 sebanyak RM966.1 juta dan bagi 2016 angka yang dicatatkan sebanyak RM346.2 juta, manakala bagi tahun 2017 angka yang direkodkan sebanyak RM1.05 bilion.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah berkata pada majlis makan malam anjuran DAP Sarawak di sini pada Jumaat malam bahawa Sarawak mungkin akan bankrap dalam tempoh tiga tahun.

Beliau berkata rizab negeri sebanyak RM30 bilion akan kehabisan dalam tempoh tiga tahun berdasarkan bajet tahunannya sebanyak RM11 bilion.

Lim berkata Sarawak akan mengalami nasib yang sama seperti Kelantan, yang beliau dakwa tidak mampu membayar gaji kakitangan awam mereka kerana pentadbiran yang lemah.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel