Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KPKT minta Sarawak peruntuk tanah untuk bina rumah mampu milik


Tarikh kemaskini: 23/06/2019





SIBU, 23 Jun (Bernama) -- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meminta kerajaan negeri Sarawak memperuntukkan tanah kepada kementerian bagi membantu membina lebih banyak rumah mampu milik di negeri ini.

Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata, setakat ini tidak ada serahan (tanah) yang formal daripada kerajaan negeri kepada KPKT walaupun pegawai-pegawai di peringkat penyelaras kementerian telah mengenal pasti lokasi tanah yang sesuai.

“Kita sebenarnya mengalami sedikit masalah kerana kerajaan negeri tidak beri lagi tanah untuk KPKT membangunkan rumah mampu milik, semua negeri dah kenal pasti dan beri tanah untuk kementerian bina rumah (mampu milik). Ini masalah yang kita hadapi di Sarawak.

“Saya harap exco perumahan dan Ketua Menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg) respon kepada kita, jadi kita boleh bantu Sarawak membina rumah mampu milik di Sarawak,” katanya pada sidang media semasa lawatan ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah hari ini.

Zuraida berkata, beliau difahamkan banyak tanah di negeri ini sesuai dan terletak di lokasi-lokasi strategik dekat kawasan bandar untuk didirikan rumah mampu milik dan berharap Sarawak boleh bekerjasama dengan kerajaan pusat untuk tujuan tersebut.

Zuraida berkata, lokasi-lokasi bagi pembinaan balai kateogri E sedang dikenal pasti di Sarawak dan pembinaan akan bermula mulai 2020.

Katanya, beliau juga telah berbincang dengan Ketua Setiausaha KPKT supaya memberi keutamaan bagi peruntukan jentera ke balai-balai bomba di Sarawak dan Sabah terutama di kawasan pedalaman.

Sementara itu, Pengarah JBPM Sarawak, Khirudin Drahman berkata, daripada 50 balai yang diperlukan di Sarawak, 14 merupakan balai bomba kategori E dan pegawai bomba sepenuh masa (PSM) dan pegawai bomba bantuan (PBB) akan ditempatkan di balai bomba tersebut bagi memberi khidmat kepada masyarakat.

“Ini adalah langkah menang-menang yang kita ambil berikutan kekangan sekarang kerana kerajaan menghadkan pengambilan anggota baharu, kita faham keadaan ekonomi, jadi kita kena kreatif sebagai usaha menempatkan khidmat bomba di seluruh Sarawak,” jelasnya.

Beliau berkata, setakat ini sebanyak 32 balai bomba beroperasi di Sarawak manakala empat balai sedang dalam pembinaan dan akan siap akhir tahun ini.

Dalam pada itu, Zuraida turut mengambil kesempatan mengunjungi keluarga Mohd Sapee Julaihi,55,  anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral yang meninggal dunia selepas menyertai operasi menangkap ular sawa di Taman Permai di sini pagi Jumaat lalu.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel