Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Silaturahim Aidilfitri RAJD


Tarikh kemaskini: 23/06/2019





KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) — Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Majlis Silaturahim Aidilfitri Tahun 2019 di 91 Rejimen Bantuan Askar Jurutera Diraja (RAJD) Kem Batu Kentomen, Jalan Ipoh, di sini, malam ini.

Ketibaan baginda berdua di kem berkenaan pada jam 8.30 malam ini, disambut oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi serta pegawai-pegawai kanan tentera darat.

Sultan Nazrin juga berkenan menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim dan anak-anak warga serta veteran RAJD.  

Pada majlis itu, Ahmad Hasbullah juga menganugerahkan senaskah buku daripada Meja Panglima Tentera Darat Jilid 3 kepada Sultan Nazrin sebagai cendera kenangan.

 -- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     

Sultan Nazrin rasmi Ekspo Antarabangsa Perak 2019

 
     

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel