Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lebih sejuta pelancong kunjungi Sabah antara Jan dan Mei


Tarikh kemaskini: 23/06/2019





KOTA KINABALU, 23 Jun (Bernama) -- Sabah menerima kunjungan lebih sejuta pelancong dalam tempoh antara bulan Januari dan Mei lepas, dengan 662,560 daripadanya adalah dari kalangan pelancong tempatan yang tiba dengan penerbangan dalam negeri menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Christina Liew berkata kerajaan negeri meletakkan sasaran kehadiran jumlah pelancong yang mencecah seramai empat juta orang tahun ini, berbanding 3.8 juta ketibaan tahun lepas.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah berkata pihak kerajaan percaya jumlah sasaran itu mampu dicapai dengan kerjasama semua pemain-pemain industri.

“Dalam industri pelancongan di Sabah, sokongan anggota MATTA (Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia) terhadap usaha kerajaan memajukan industri pelancongan amat penting sekali," kata beliau semasa berucap di majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri cawangan Sabah di sini malam ini.

Katanya kerajaan juga amat peka dengan pelbagai isu pelancongan yang perlu diberi perhatian seperti masalah kesesakan di pulau-pulau peranginan, isu kebersihan, isu pengusaha pelancongan tidak berdaftar, ancaman kepada spesis haiwan terancam, dan perkhidmatan pelanggan yang tidak memuaskan.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel