Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Malaysia aktif teruskan pembaharuan pasaran tenaga untuk tarik pelaburan - Azmin


Tarikh kemaskini: 24/06/2019





KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Malaysia aktif melaksanakan pembaharuan dalam pasaran tenaga untuk meningkatkan daya tarikan negara sebagai destinasi pilihan untuk pelaburan tenaga, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, hari ini.

Beliau berkata kerajaan terus berusaha meningkatkan pembaharuan dalam pasaran tenaga walaupun statusnya sebagai pembekal gas asli cecair (LNG) terbesar di dunia, serta kedudukan strategiknya dalam menyediakan penyelesaian kepada pasaran baharu yang mencari akses kepada tenaga bersih dan moden.

"Malaysia bukan sahaja sudah bersedia untuk memenuhi peningkatan permintaan tenaga, bahkan mendepani dalam peralihan tenaga, dan pada masa yang sama memastikan masa depan yang lebih hijau dan bersih untuk generasi akan datang.

"Menerusi peluang-peluang pelaburan, tindakan yang telah kami perkenal akan menyediakan kosistem yang sihat dan kondusif untuk kegiatan perniagaan," katanya dalam ucapan khasnya pada Persidangan Minyak dan Gas Asia ke-20 (AOGC) 2019 hari ini.

Beliau juga berkata Malaysia berminat untuk bekerjasama ,s elain mempunyai sikap terbuka untuk perkongsian sama-sama menang di kawasan pertumbuhan baharu dalam meneuskan tenaga baharu masa depan.

Mohamed Azmin berkata minyak dan gas serta produk petroleum dan petrokimia menyumbang 21 peratus daripada jumlah eksport Malaysia, bernilai RM211 bilion pada 2018.

Mengenai kesan perang perdagangan AS-China ke atas sektor itu, beliau berkata Malaysia terus mengalami pertumbuhan yang ketara dalam permintaan tenaga, terutama penjanaan kuasa.

"Malaysia akan mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan dan pelaburan apabila perang perdagangan AS-China dijangka meningkatkan ketidaktentuan pasaran, namun secara menyeluruh, kita menyaksikan prospek perdagangan yang suram jika perang perdagangan tidak dapat diselesaikan.

"Namun, dalam arus perdana ekonomi global, Malaysia perlu kekal cergas dan berupaya untuk menjangkakan persekitaran luaran yang sangat mencabar dan cepat berubah," katanya.

Beliau berkata sebagai ekonomi pesat membangun, Malaysia perlu merintis sektor pertumbuhan baharu untuk memacu pelaburan dan pembangunan kapasiti.

"Ini selari dengan aspirasi untuk mencapai kemakmuran bersama, pembangunan inklusif ekonomi domestik penting untuk merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     

Sultan Nazrin rasmi Ekspo Antarabangsa Perak 2019

 
     

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel