Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

"Saya tidak akan pegang jawatan melebihi tiga tahun," kata Mahathir


Tarikh kemaskini: 24/06/2019





KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Berpegang kepada tekad untuk menyelesaikan masalah hutang negara, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak akan memegang jawatan perdana menteri melebihi tiga tahun.

Menurut stesen berita CNBC, perdana menteri berkata kerajaan beliau memerlukan tiga tahun untuk mengurangkan hutang Malaysia daripada 80 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar kepada 54 peratus.

Ketika ditanya pembaca berita CNBC Tanvir Gill sama ada beliau akan terus memegang jawatan untuk melihat matlamat itu tercapai, Mahathir berkata: “Tidak, saya tidak akan melebihi tiga tahun.”

Sebaliknya, Dr Mahathir berkata keutamaan beliau adalah untuk membolehkan Malaysia “menyelesaikan masalah (hutang) ini” sungguhpun selepas beliau berundur.

"Saya akan menjadi PM untuk membantu menyelesaikan masalah tertentu, ia mungkin mengambil masa dua tahun atau lebih, tetapi yang paling penting adalah untuk menyelesaikan masalah, lepas itu saya akan berundur, saya tidak mahu terus memegang jawatan ini,” kata perdana menteri.

“Bagi saya, saya sudah berjanji bahawa saya akan berundur dan Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) akan menggantikan saya,” kata Dr Mahathir.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     

Lexis Hibiscus Port Dickson dinamakan tempat perkahwinan terkemuka di dunia

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel