Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Scomi, Prasarana meterai perjanjian bekaitan KL Monorail


Tarikh kemaskini: 24/06/2019




KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) --  Anak syarikat milik penuh tidak langsung Scomi Group Bhd, Scomi Transit Projects Sdn Bhd (STP), dan Prasarana Malaysia Bhd milik kerajaan, baru-baru ini menandatangani perjanjian (penyelesaian) bagi mereka bentuk, melaksana, menyiapkan dan menyerahkan tujuh kenderaan perkhidmatan empat gerabak dan sistemnya bagi Monorel Kuala Lumpur bernilai RM122 juta.

Prasarana, syarikat yang ditubuhkan oleh Kementerian Kewangan (MOF), ialah pemilik aset Monorel Kuala Lumpur di Lembah Klang.

Scomi berkata perjanjian penyelesaian itu adalah bersyarat selepas penyerahan sijil terima oleh Prasarana setelah tamat tempoh pemantauan dan penyempurnaan kerja pemulihan yang diperlukan untuk mengoperasikan lima kenderaan monorel empat gerabak utuk menjana pendapatan.

Ini berdasarkan perjanjian penyelesaian, yang perlu dipenuhi pada 13 Mei 2020 atau tarikh lain yang dipersetujui oleh Prasarana dan STP, yang jika tidak, perjanjian penyelesaian akan luput dan tidak lagi memberi kesan seterusnya.

"Kerja-kerja itu akan diselesaikan dalam tempoh 18 bulan dari terbitan notis yang akan diteruskan oleh Prasarana," kata Scomi dalam kenyataan kepada  Bursa Malaysia hari ini.

Perjanjian penyelesaian itu  tidak akan memberi kesan material ke atas pendapatan sesaham Scomi dan aset bersih sesaham.

Tiada kesan ke atas nisbah hutang Scomi memandangkan tiada pinjaman bank dijangka diatur untuk perjanjian penyelesaian itu.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     

Sultan Nazrin rasmi klinik kesihatan Simpang

 
     

Dua warga emas lari lebih 500km sempena Hari Kebangsaan ke-62

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel