Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pertandingan ‘Miss And Mrs Kebaya 2019' sasar 150 penyertaan


Tarikh kemaskini: 24/06/2019





SEREMBAN, 24 Jun (Bernama) -- Miss Malaysia Kebaya dengan kerjasama kerajaan Negeri Sembilan akan menganjurkan pertandingan ‘Miss And Mrs Kebaya’ 2019 di Benteng Walk dekat sini, Jumaat ini dengan menyasarkan seramai 150 penyertaan.

Pengasas yang juga Presiden Miss Malaysia Kebaya Dr Jason Hee Jee Pin berkata pertandingan berkenaan diadakan bertujuan mempromosikan lagi tradisi dan warisan budaya menerusi baju kebaya.

Beliau berkata pertandingan itu akan bermula pukul 6 petang hingga 8 malam dan terbuka kepada warganegara Malaysia tanpa mengira kaum, latar belakang dan agama serta perlu memiliki ketinggian 160 sentimeter dan ke atas.

“Penganjuran pertandingan ini sebagai platform terbaik untuk mempromosikan baju kebaya. Peserta diwajibkan memakai koleksi kebaya lama atau moden mereka sendiri dan dikehendaki hadir setengah jam awal dari waktu pertandingan. 

“Saya melihat pertandingan seperti ini juga boleh menjadi acara tarikan pelancong selain boleh membangunkan industri pelancongan setempat seperti Benteng Walk ini,” katanya dalam sidang media yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri Nicole Tan Lee Koon di sini, hari ini.

Katanya bagi kategori Miss Kebaya, ia terbuka kepada mereka yang berumur 18 hingga 35 tahun manakala Mrs Kebaya dari 21 hingga 50 tahun.

Selain Hee, antara juri yang akan turut mengadili pertandingan tersebut ialah Pengarah Miss Kebaya Sedunia Nicole Fe Lynne, Pengarah Kebangsaan Miss Malaysia Kebaya Syafiqah Ishak dan Juara Miss Malaysia Kebaya 2018 Aini Sophie.

Mereka yang berminat boleh mendaftar melalui laman media sosial seperti Facebook dan Instagram Miss Malaysia Kebaya Official dan tarikh tutup penyertaan pada Khamis ini, sebarang pertanyaan boleh hubungi Hee di talian 012-9211486 atau Nicole Fe Lynne di talian 012-6116752.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

FAMA rancang bangunkan tanah wakaf dengan tanaman durian

 
     

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     

Geran usahawan hanya untuk yang benar-benar layak - Mohd Redzuan

 
     

Yong bercuti, beri tumpuan kepada perbicaraan kes rogol

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel