Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kami tiada masalah mengenai peralihan jawatan PM - Anwar


Tarikh kemaskini: 24/06/2019





PUTRAJAYA, 24 Jun (Bernama) -- Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tiada masalah antara dirinya dan Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan peralihan jawatan Perdana Menteri.

Anggota Parlimen Port Dickson itu berkata, soal tarikh dan sebagainya adalah antara mereka berdua.

“Jawapan Perdana Menteri (Dr Mahathir) yang penting ialah bahawa yang dimeterai, yang dijanjikan akan ditunaikan.

“Kita harus beri ruang siapa sahaja Perdana Menteri, mesti diberi ruang supaya mentadbir dengan berkesan tanpa diganggu jadual peletakan jawatan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Cek Elaun Sara Hidup Kepada Sasterawan Negara di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching.

Bagi dirinya dan Dr Mahathir, isu jawatan Perdana Menteri telah selesai dan mereka sentiasa berjumpa setiap minggu, katanya.

“Tidak ada sama sekali sebarang masalah setakat ini bagi peralihan itu,” katanya.

Ditanya mengenai kenyataan Dr Mahathir yang akan menyerahkan jawatan itu dalam tempoh tiga tahun dan bukan dua tahun seperti yang dilaporkan dipersetujui Pakatan Harapan, Anwar berkata : “Itu hanya andaian.”

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Jumlah pendaki Gunung Kinabalu meningkat tujuh peratus

 
     

Malaysia harus berkembang pacu usaha ke arah kelestarian masa depan - Sultan Nazrin

 
     

Polis tahan lelaki dakwa Nora Anne dirogol Orang Asli

 
     

Terima keputusan Kabinet lanjut lesen Lynas

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel