Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jaringan Goulon boleh menang anugerah Puskas - Faiz


Tarikh kemaskini: 24/06/2019





KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Bekas pemenang Anugerah Puskas FIFA, Faiz Subri percaya jaringan pertahanan import Pahang, Herold Mark Goulon pada aksi separuh akhir pertama Piala FA 2019 menentang Perak, Sabtu lalu, mampu meraih kejayaan yang pernah di kecapinya pada 2016.

Bekas pemain Pulau Pinang berusia 31 tahun itu, berkata, gol sensasi Goulon pada perlawanan itu jelas berkualiti tinggi dan tidak mustahil boleh meraih kemenangan sepertinya kerana teknik sepakan dilakukan menerusi jarak lebih kurang 55 meter sukar dilakukan oleh mana-mana pemain

“Memang, kalau boleh nak tengok dia tercalon dalam Anugerah Puskas FIFA dan saya rasa peluang untuk menang tetap ada jika dicalonkan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), hari ini.

Goulon, pemain kelahiran Perancis dan bekas pemain Blackburn Rovers dalam Liga Perdana Inggeris, , mencipta sensasi apabila jaringannya viral di media sosial dan mendapat liputan media antarabangsa.

Pada perlawanan tersebut, Pahang mengalahkan Perak 3-1.

Faiz sebelum ini mencipta sejarah apabila muncul pemain bola sepak Asia pertama merangkul Anugerah Puskas FIFA 2016 di Zurich, Switzerland, menerusi jaringan sensasinya yang berjaya mendapat undian keseluruhan sebanyak 59.46 peratus.

Jaringannya dari jarak 35 meter disifatkan “melanggar hukum fizik” ketika membantu Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, pada 16 Feb 2016.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Peserta program bimbingan INSKEN raih jualan RM8.89 juta

 
     

Lapan nelayan hilang di perairan Tambisan

 
     

Polis siasat pagar rumah wartawan disimbah cat merah

 
     

Sekolah Tamil pupuk perpaduan menerusi sambutan Ponggal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel