Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

1MDB: pengurusan kes Goldman ditetapkan 30 Sept


Tarikh kemaskini: 24/06/2019





KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 30 Sept untuk pengurusan kes syarikat Goldman Sachs Group Inc yang menghadapi tuduhan jenayah berhubung terbitan bon bernilai US$6.5 bilion yang berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Majistret Mohamad Fared Abdul Latif yang menetapkan tarikh itu bagi membenarkan lebih banyak masa diberikan untuk membolehkan dokumen mahkamah itu diserahkan dengan teratur kepada pasukan pembelaan oleh pihak pendakwaan.

Terdahulu, peguam Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili Golden Sachs, memohon tarikh sebutan baharu kerana mereka memerlukan lebih banyak masa untuk mendapatkan arahan daripada anak guam mereka yang berada di luar negara.

Beliau juga berkata pasukan pembelaan hanya menerima tiga daripada empat pertuduhan yang diserahkan kepada unit Goldman Singapura dan ia tidak lengkap. 

Timbalan Pendakwa Raya Aaron Chelliah berkata keempat-empat saman itu telah diserahkan kesemuanya memandangkan Goldman Sachs (Asia) LLC yang berpangkalan di London mempunyai dua alamat, manakala pertuduhan itu turut dihantar ke Goldman Sachs International (UK) dan Goldman Sachs (Singapura) pada minggu lepas.

Goldman Sachs menafikan semua tuduhan tersebut. 

Pada 19 Dis tahun lepas, bekas ahli perbankan Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dakwaan memainkan peranan dalam pengeluaran bon berkaitan 1MDB. 

Jabatan Keadilan Amerika Syarikat menganggarkan sekitar US$4.5 bilion diselewengkan daripada 1MDB antara 2009 dan 2014, termasuk sebahagian dana yang dibantu oleh Goldman Sachs.   

-- BERNAMA 

   

 
 
     
   
 

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     

Lexis Hibiscus Port Dickson dinamakan tempat perkahwinan terkemuka di dunia

 
     

Ibu berpantang harungi banjir bersama bayi berusia 15 hari

 
     

JAS Negeri Sembilan sita kilang disyaki lepaskan enap cemar minyak hitam terpakai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel