Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kajian semula GCC manfaatkan pengguna


Tarikh kemaskini: 24/06/2019





KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Kajian semula Kod Amalan Am Pengguna (GCC) bagi Industri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (GCC) penting untuk memastikan hak pengguna dilindungi secara optimum dan menangani jurang antara isu semasa berkaitan pengguna dengan kod GCC sedia ada.

Dalam satu kenyataan hari ini, Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) berkata kod yang dikaji semula itu akan memperketatkan garis panduan dalam aspek pengiklanan dan jualan bagi mengelak daripada mengelirukan pengguna.

“Menerusi klausa ini, penyedia perkhidmatan akan lebih bertanggungjawab dalam aktiviti jualan, pemasaran dan promosi mereka,” jelas kenyataan itu.

CFM berkata garis panduan dalam GCC antara lain akan menambah baik tempoh penyelesaian aduan kurang rumit  yang dipendekkan menjadi tiga hari bekerja, dan 15 hari bekerja bagi aduan yang rumit.

Menurut kenyataan itu usaha akan dilakukan bagi memastikan kod baharu adalah telus dan melibatkan penyertaan semua pihak berkepentingan.

Bagi mencapai hasrat itu, pengguna akan memperoleh peluang untuk mengambil bahagian dalam kajian semula GCC dengan menyumbang pendapat dan maklum balas semasa proses perundingan awam.

"CFM sentiasa bekerjasama dengan industri agar pengguna diutamakan dan kami akan terus memantau perkhidmatan yang diberi kepada pengguna serta menangani sebarang pelanggaran kod GCC,” kata pengerusi CFM Mohamad Yusrizal Yusoff.

GCC adalah kod amalan dengan garis panduan dan amalan terbaik yang mesti dipatuhi semua penyedia perkhidmatan komunikasi dan multimedia di Malaysia bagi memastikan perkhidmatan yang adil serta efisien disediakan kepada pengguna.

Sementara itu, CFM berkata agensi itu percaya aduan pengguna akan dikendalikan dengan lebih pantas dan efisien menerusi Ikrar Mesra Pelanggan yang ditandatangani oleh syarikat telekomunikasi utama negara baru-baru ini.

Menerusi ikrar itu, menurutnya, penyedia perkhidmatan akan komited dalam memberi perkhidmatan berkualiti dan pengalaman pengguna yang lebih baik di samping mematuhi garis panduan yang terkandung dalam kod CC.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     

Sambutan filem 'Garang - Aku Luar Biasa' mengenai atlet paralimpik kurang memberangsangkan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel