Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ketua kumpulan jenayah terancang 'Amy Keju' ditahan - Pengarah JSJ


Tarikh kemaskini: 24/06/2019





KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) --  Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan sebuah kumpulan jenayah terancang dengan menahan ketuanya yang dikenali sebagai ‘Amy Keju’ di sebuah pusat hiburan di Sungai Besi, di sini, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata kumpulan yang dianggotai bekas banduan itu aktif melakukan jenayah, antaranya samun dan rompakan sejak beberapa tahun lepas.

Beliau berkata lelaki yang berusia 32 tahun itu ditahan bersama adiknya ketika sedang berhibur di premis berkenaan dipercayai menggunakan wang hasil kegiatan jenayah.

"Semakan yang dilakukan mendapati suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau selain turut disenarai sebagai individu yang dikehendaki polis.

"Kumpulan itu dipercayai dianggotai kira-kira 40 hingga 45 orang yang dipercayai direkrut dalam kalangan mereka yang keluar dari penjara serta pusat pemulihan di seluruh negara," katanya pada sidang akhbar khas JSJ, di Bukit Aman, di sini hari ini.

Huzir berkata sehingga kini, polis menahan 17 orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan terbabit dan usaha untuk mengesan anggota lain sedang giat dilakukan.

“Kumpulan itu amat teratur dan berbahaya jika dibiarkan memandangkan ia dianggotai oleh mereka yang berpengalaman dalam melakukan jenayah.

"Siasatan lanjut berhubung kumpulan itu masih diteruskan oleh polis Selangor yang turut dibantu Bukit Aman," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Peserta program bimbingan INSKEN raih jualan RM8.89 juta

 
     

Lapan nelayan hilang di perairan Tambisan

 
     

Polis siasat pagar rumah wartawan disimbah cat merah

 
     

Sekolah Tamil pupuk perpaduan menerusi sambutan Ponggal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel